Sunday, March 18, 2012

APA KEBAIKAN TULANG SOTONG KEPADA BURUNG

Tulang sotong (cuttlebone) adalah salah satu bahagian dalam sotong. Tulang sotong ini kaya dengan sumber kalsium,sodium klorida,kalsium fosfat dan garam magnesium yang boleh memberi kebaikan kepada burung dan ianya sumber yang amat penting dalam proses pembentukkan tulang dan telur, serta membantu dalam proses membina sistem saraf dan otot-otot. Sumber kalsium ini amat penting untuk burung betina apabila ingin bertelur. komponen asas terkandung dalam tulang sotong terdiri daripada carbonate(85%). ini adalah sumber utama yang terkandungan pada kulit telur dan ia dapat membantu pergerakkan telur yang baik keluar daripada rahim si ibu dan seterusnya membantu menguatkan cengkerang telur yang terbentuk bagi menjamin benih dan anak yang ada dalam telur sentiasa sihat. sumber kalsium ini juga dapat menyehatkan si ibu dan ayah kerana kandungan2 berzat yang terdapat didalamnya dalam mengelakkan pelbagai jenis penyakit kepada induk.jika sayang burung2 anda sila2 lah memberikan mereka tulang sotong ni....
tulang sotong ni boleh diperolehi dari tepi2 pantai atau datang sendiri ke kedai burung untuk membelinya dan biasanya ia dijual disabah rm10 dan didalamnya terdapat dalam 5-6 ketul..kalau dibrunei RM3 untuk seketul....harga bagi tulang sotong ini mengikut pandangan dan penelitian dari penulis semakin hari semakin naik harganya so baik anda beli banyak2 dan simpan sebagai stok macam saya nie..hehehehheh

No comments:

Post a Comment