PASAR BURUNG SABAH
burung budgie dijual di sabah
Sunday, April 8, 2012
Sunday, March 18, 2012
APA KEBAIKAN TULANG SOTONG KEPADA BURUNG
Tulang sotong (cuttlebone) adalah salah satu bahagian dalam sotong.
Tulang sotong ini kaya dengan sumber kalsium,sodium klorida,kalsium
fosfat dan garam magnesium yang boleh memberi kebaikan kepada
burung dan ianya sumber yang amat penting dalam proses pembentukkan tulang
dan telur, serta membantu dalam proses membina sistem saraf dan
otot-otot. Sumber kalsium ini amat penting untuk burung betina apabila
ingin bertelur. komponen asas terkandung dalam tulang sotong terdiri
daripada carbonate(85%). ini adalah sumber utama yang terkandungan pada
kulit telur dan ia dapat membantu pergerakkan telur yang baik keluar daripada rahim si ibu dan seterusnya membantu menguatkan cengkerang telur yang terbentuk bagi menjamin benih dan anak yang ada dalam telur sentiasa sihat. sumber kalsium ini juga dapat menyehatkan si ibu dan ayah kerana kandungan2 berzat yang terdapat didalamnya dalam mengelakkan pelbagai jenis penyakit kepada induk.jika sayang burung2 anda sila2 lah memberikan mereka tulang sotong ni....
tulang sotong ni boleh diperolehi dari tepi2 pantai atau datang sendiri ke kedai burung untuk membelinya dan biasanya ia dijual disabah rm10 dan didalamnya terdapat dalam 5-6 ketul..kalau dibrunei RM3 untuk seketul....harga bagi tulang sotong ini mengikut pandangan dan penelitian dari penulis semakin hari semakin naik harganya so baik anda beli banyak2 dan simpan sebagai stok macam saya nie..hehehehheh
Sunday, March 4, 2012
KEBURUKAN KANGKUNG KEPADA BURUNG
kangkung...memang bagus..banyak khasiat kangkung kepada burung tidak kiralah budgie kah, love bird kah, cocktiel kah, apa2 saja lah jenis burung sebab kangkung atau apa sahaja tumbuhan hijau yang banyak khasiat mampu memberikan kebaikan kepada burung2 anda dari aspek berikut :
1. Pencernaan
2. Bulu yang cantik (warna anak naik andai keperluan gizi dalam kangkung ni seimbang dan baik)
3. kadang2 burung akan bermain dengan batang kangkung dan bagus untuk paruh mereka.
tapi...ada keburukan kangkung ni..bukan untuk induk tapi untuk baby yang baru menetas...biasanya kalau anda letak kangkung dalam aviary induk akan lebih utamakan kangkung tu daripada wallet white tu ataupun bijirin asas ...mereka akan kunyah dan telan selepas itu jantan akan suapkan kepada betina untuk diberikan kepada anak2 di sarang...keburukannya adalah
1. kangkung yang telah dikunyah itu akan dimuntahkan semula oleh si ibu lalu anak2 akan memakannya. sesuatu yang buruk akan berlaku andai si ibu memuntahkannya dan kangkung2 itu yang telah cair dikunyah akan melekat di kepala dan badan anak2 dan kemungkinan besar akan menyebabkan hidung baby tertutup dengan cebisan kangkung yang telah dikunyah tu..kalau bijirin tu induk akan memuntahkannya dalam keadaan yang tidak terlalu cair tapi kangkung atau apa sahaja daun akan dimuntahkan dalam keadaan cair...tidak percaya try lah..sebab perkara ini berlaku kepada baby2 budgie dan LB saya..ada yang mati dan yang dapat diselamatkan hanya beberapa ekor sahaja setelah daun2 yang melekat di kepala dan hidung mereka ditarik....
2. kangkung akan menyebabkan najis anak2 burung menjadi cair dan tidak sesuai dalam sarang....cair akan menyebabkan kawasan sarang lembab dan berair..itu akan mengundang hama dan kutu...paling teruk kalau semut yang menyerang...so..perhatikan anak2 kesayangan anda.....
Thursday, March 1, 2012
CARA PENJAGAAN BUDGIE
kali ini ingin berkongsi kepada semua tentang penjagaan budgie...pengalaman hampir 2 tahun setengah membela pelbagai jenis burung..dari hidup ke mati..dari mati ke hidup...ehh..silap..dari mati berganti baru menyebabkan banyak pengalaman yang diguna pakai bagi meningkatkan lagi prestasi dalam penjagaan anak kesayangan ini...
perkara pertama yang harus anda tahu apabila ingin menjinakkan diri dalam penjagaan burung terutamanya budgie adalah kesediaan anda meluangkan masa bersama mereka...sebab ada beberapa perkara yang memerlukan perhatian anda sepanjang penjagaan budgie dilakukan
1. air minuman kena selalu ganti dan pastikan tiada lumut
2. kena abiskan masa untuk bersihkan kandang agar hama or apa2 kutu tidak wujud. penting agar kesihatan dan badan mereka sentiasa ok
3. makanan harus diberikan diet..diberikan ikut jadual yang telah ditetapkan
4. sentiasa merekod bilangan telur dan harinya kerana burung budgie akan betelur selang sehari or 2 hari utk sebiji dan apabila berlaku pengeraman maka telur akan menetas dalam jarak yang jauh antara satu sama lain. Kalau tiada perhatian maka anak yang besar akan memijak anak yg kecil
5. kena selalu tengok kaki, mulut dan kepala mereka takut timbulnya penyakit
6. perhatikan pasangan masing2 kerana pergaduhan sesama betina akan berlaku untuk perebutan tempat bersarang.
7. habuk kayu yang digunakan boleh melemaskan anak budgie andai terlalu tebal terutamanya pada waktu malam
8. semut or kerangga harus diperhatikan kerana mereka suka memakan daging anak2 budgie..
9. pencuri...ni lagi penting..pencuri selalu ada utk perhatikan anak2 kesayangan anda..
selain itu, burung budgie adalah burung yang sensetif pada kesihatan..ia cepat diserang penyakit so jaga bagus2 kesayangan anda.....
hah..ni jadual rekod telur menetas...kalau telur keluar 2 dec makan 20 dec tu akan menetas..begitulah seterusnya...
hah..ni jadual rekod telur menetas...kalau telur keluar 2 dec makan 20 dec tu akan menetas..begitulah seterusnya...
Wednesday, February 29, 2012
Makanan tambahan untuk Budgie..
campurkan
sekoi + oat, 70% sekoi, 30% oat, kalau byk oat akan
cirit-birit....sekoi banyak tdk kisah tahi kering dan burung pun
kenyang, tahan lama sikit...
Berikut adalah beberapa makanan yang disarankan oleh pemilik budgie.
01- Kambu Putih sebotol
02- Oat segera + Biskut kering sebekas
03- Kacang Hijau hancur sebekas
04- Selasih sebekas
05- Dedak (telur) + jagung hancur sebekas
06- Tulang sotong 3 keping (tulang sotong ader jual kat kedai ubat cina klau x dapat kat petshop)
07- Spray millet seminggu skali 10 tangkaiboleh
08- Roti gardenia sekeping sehari (spray dengan air supaya lembab sikit) Tetapi kalau burung ada cirit jangan bagi roti basah.
09- Jagung mentah seminggu 2 tongkol
10- Buah seminggu skali
11- Sayur hijau kadang2 atau rumput liar (barulah bulu nyer berkilat cantik)
12- Telur rebus hari2 (baru nak blajar makan)
13- Nasi kadang2
14- Kacang hijau (Rendam dahulu selama 12 jam untuk lembut/kembangkan kacang hijau)
15- Dedak ayam HITAM (Untuk menggemukkan dan merpercepatkan tumbesaran burung)
kredit to doktor veterinar.....
Monday, October 24, 2011
JALAN-JALAN MENCARI SABAH BUDGIE DI SABAH LAH..
yeh..baru2 ni aku berkesempatan berjalan-jalan dan sekali tu ambil peluang melihat dan memantau harga-harga burung dan binatang lain sekitar kota kinabalu..Mak Dato mahal sangat mereka jual..nasip tempat aku tidaklah semahal itu so dapatlah borong banyak....saya sertakan sama kamu gambar2 untuk pertunjukkan di blog sabah bird budgie nie..k..
aku tidak tahu apa nama binatang ni..tapi comel dan manja..harga RM500 seekor..ada 3 ekor di situ...betul2 comel dan kata tuan punya binatang ni anak kepada induknya...sepasang boleh lahirkan 4 ekor..fuh....
ni tidak perlulah saya terangkan apa nama dia...aku ingat mau ke kedai burung tu untuk beli ini..tapi dia bagitau saya harganya dalam RM780 untuk seekor..wahhh..mahalnya,...tempat aku cuma RM300 saja wei..boleh dirunding lagi..adoiiiii..cekik darah nie...
ini memang kesukaan aku...cantik kan..orang ni jual RM1500 seekor...huhuhuhuhuhu..tunggu kawan punya kucing lah...hehehehhe
Love bird..emm..aku tahu ramai ni kamu suka burung ni kan...huhuhuhuhu...dia jual seekor RM580..hahahahaha..gila mahal kan..tempat saya boleh beli 2 ekor sudah dengan harga tu..kakakkaka
jenis kepada putih ala2 helang nie...
english budgie...
sekarang ini dalam ternakan saya ada 14 kotak sarang budgie yang akan keluar anak bila2 masa sahaja..yang sudah booking tu saya akan pos kan kepada anda secepat mungkin...hehehhehe
Sunday, October 9, 2011
MAKANAN TAMBAHAN LOVE BIRD DAN BUDGIE
hai...datang mood untuk update blog burung kesayangan..hari ini mahu kongsikan dengan korang makanan tambahan yang biasa saya berikan kepada love bird dan juga budgie saya..pemberian makanan ini diberikan untuk melengkapkan variasi burung2 tersebut agar sihat dan dapat membiak dengan baik...
sebahagian induk budgie..induk kena pilih yang terbaik sahaja n bulu kena cantik2..tak bole pilih sembarangan
kuaci...kuaci ni diberikan kepada love bird dan budgie 2 kali seminggu..hah..kalau guna yang plastik2 begini senang skit sebab main koyak saja n terus bagi..lagipun kuaci ini wangi dan tetap segar berbanding dengan yang dijual di kedai2 tu..harga pn dalam RM13 untuk 100 bungkus.kan jimat tu..makanan ini sesuai untuk menaikkan berahi burung kesayangan anda..cubalah dan lihat sendiri
tulang sotong adalah baik untuk tulang dan telur burung..tulang ini membantu membekalkan kalsium kepada burung2 anda...hari itu saya borong banyak dan ini sebahagian daripadanya..berikan tulang ini agar burung2 anda membiak dengan baik dan anak2 pun menjadi...yehhh...
akan datang akan saya updatekan jenis2 burung yang ada dalam jagaan saya..bukan setakat budgie dan love bird tapi banyak lagi..enjoyyy
Subscribe to:
Posts (Atom)