kali ini ingin berkongsi kepada semua tentang penjagaan budgie...pengalaman hampir 2 tahun setengah membela pelbagai jenis burung..dari hidup ke mati..dari mati ke hidup...ehh..silap..dari mati berganti baru menyebabkan banyak pengalaman yang diguna pakai bagi meningkatkan lagi prestasi dalam penjagaan anak kesayangan ini...
perkara pertama yang harus anda tahu apabila ingin menjinakkan diri dalam penjagaan burung terutamanya budgie adalah kesediaan anda meluangkan masa bersama mereka...sebab ada beberapa perkara yang memerlukan perhatian anda sepanjang penjagaan budgie dilakukan
1. air minuman kena selalu ganti dan pastikan tiada lumut
2. kena abiskan masa untuk bersihkan kandang agar hama or apa2 kutu tidak wujud. penting agar kesihatan dan badan mereka sentiasa ok
3. makanan harus diberikan diet..diberikan ikut jadual yang telah ditetapkan
4. sentiasa merekod bilangan telur dan harinya kerana burung budgie akan betelur selang sehari or 2 hari utk sebiji dan apabila berlaku pengeraman maka telur akan menetas dalam jarak yang jauh antara satu sama lain. Kalau tiada perhatian maka anak yang besar akan memijak anak yg kecil
5. kena selalu tengok kaki, mulut dan kepala mereka takut timbulnya penyakit
6. perhatikan pasangan masing2 kerana pergaduhan sesama betina akan berlaku untuk perebutan tempat bersarang.
7. habuk kayu yang digunakan boleh melemaskan anak budgie andai terlalu tebal terutamanya pada waktu malam
8. semut or kerangga harus diperhatikan kerana mereka suka memakan daging anak2 budgie..
9. pencuri...ni lagi penting..pencuri selalu ada utk perhatikan anak2 kesayangan anda..
selain itu, burung budgie adalah burung yang sensetif pada kesihatan..ia cepat diserang penyakit so jaga bagus2 kesayangan anda.....
hah..ni jadual rekod telur menetas...kalau telur keluar 2 dec makan 20 dec tu akan menetas..begitulah seterusnya...
hah..ni jadual rekod telur menetas...kalau telur keluar 2 dec makan 20 dec tu akan menetas..begitulah seterusnya...
owhh..jika telur budgie nie 5 biji..maka hari penetsan setiap biji telur adalah semlama 18hari...sebb tue yg menetas dahulu akan membesar dahulu dan anak yg last akan mudh mati di pijak atau x dapat mknn yg cukup...mcm nie ke?
ReplyDelete