hai...lama tak update blog ni..baru2 ni semasa kursus di Kota Kinabalu Sabah...saya ambik masa sedikit untuk servey budgie kawan2 di sana..salah satu tempat yang saya jenguk adalah abang Izam punya burung budgie..fuh...yang menarik tempat dia ni sebab burung2 dia ada spesis yang putih..untuk pengetahuan korang putih dengan 3 colour sangat susah terbentuk kalau induknya betul2 bukan memiliki warna seperti itu...kalau sebelum ni saya banyak hasilkan variasi warna mengikut kesukaan saya melalui perkahwinan paksa tapi kalau spesis putih 3 colour ni sangat susah dibentuk..kalau ada pun ia akan mengalami masalah semasa kecil sama ada akan berpenyakit ataupun stamina yang lemah...mengikut kawan dari Indonesia burung jenis putih ini gen pembawa yang ada dalam badan mereka jauh lebih rendah energynya berbanding warna lain..bab Gen ni saya susah sikit nak terangkan sebab ia melibatkan sains..hehehehhe..
ok..kepada anda yang berminat menternak budgie..anda pasti menghadapi masalah budgie yang terbantut...berpenyakit...dan ada yang cepat mati atau dalam bahasa yang lebih baiknya adalah meninggal dunia..biasanya yang meninggal ni kebanyakkannya adalah betina berbanding jantan..kenapa tu ya??nanti saya terangkan...jom kita susuri satu persatu penyakit yang burung saya sendiri alami lalu saya kongsikan kepada anda..
PENYAKIT KUTU
selalu perhatikan kaki dan mata serta paruh burung kesayangan anda...bila ada mcm biji2 mula timbul itu menunjukkan burung budgie anda mengidapi penyakit yang saya sendiri kenali sebagai "serangan maut"..saya gelarnya begitu kerana 98% burung yang mengidapi penyakit ini akan mati dalam tempoh 3 bulan..kalau lebih pun kira dia bernasip baiklah..penyakit ini berlaku kerana kutu yang terdapat dalam sangkar atau sesama burung lain..kutu ini yang menjadi parasit akan mengisap darah di kaki lalu membentuk tempat pembiakan secara halus dan disebabkan itulah bila kutu2 halus ini mula membuat tempat maka akan timbul biji2 di kaki ataupun di hidung dan paruh...bila kejadian ini berlaku sangat sukar untuk mengubatnya kerana ia akan bergerak dari satu burung kepada burung lain.cara untuk anda mengatasinya adalah memisahkan burung tersebut dari kandang dan memberikannya diet makan yang seimbang dilebihkan buah dan sayuran dan kena korek sikit2 biji2 tu biar sampai berdarah pastu baru letak ubat..ubat yang saya biasa guna adalah ubat luka untuk manusia yang banyak difarmasi..caranya
1. pegang burung anda dalam keadaan yang tenang.
2. selepas itu, guna kapas yang biasa diguna untuk masukkan ke dalam telinga tu dan sapulah secara perlahan-lahan.biasanya burung akan meronta mungkin terasa pedih..selepas bubuh ubat anda jangan lepaskan burung tu sebab ia akan menggunakan lidah untuk mengigit-gigit kakinya dan ini boleh menyebabkan burung mati kerana racun...anda pegang lebih lama dan bila dah kering..baru anda cuci dengan air anti parasit yang harga lebih kurang RM5 di kedai2 tu..
3. lepas cuci tu baru anda masukkan burung ke dalam sangkar.lakukan ia berulang kali dengan jarak 3 hari sehingga sembuh.
kena ingat ya.kutu or semut halus ni bukan sahaja berasal dari burung tapi juga dari alam sekitar. sebab itu, apabila malam saya akan keluarkan makanan burung dari kandang agar semut dan kutu2 ini tidak tertarik dengan hampas bijan dan juga makanan burung yang ada dalam kandang..bila senja keluarkan makanan tu n keesokkannya masukkan lah semula..insya ALLAH hama ini tidak akan dapat membiak di kandang anda.
*Peringatan-kaedah ini hanya dapat digunakan bila biji2 yang saya maksudkan itu baru sedikit yang keluar..kalau ia telah menyerang keselruhan kaki dan mata ia sangat sukar diubat so..mencegahnya lebih baik dari mengubat..cegah dengan cara sentiasa pastikan kandang bersih dan beri burung anda multivitamin dan juga mandikan mereka selalu agar kutu2 itu mati.
TERBANTUT.
penyakit ini jarang2 berlaku tapi burung saya telah mengalaminya...burung yang terkena penyakit ini lambat membesar dan keadaan fizikal nampak tidak bermaya dan sentiasa menutup mata seolah-olah ingin tidur..kawan2 lain telah membesar tapi si KAWAN ini tetap kecil ..hah..hati2 sebab mungkin burung anda terkena penyakit yang saya gelar sendiri sebagai "sindron down"..penyakit ini biasanya berpunca daripada diet makanan yang anda berikan..burung juga seperti manusia memerlukan variasi makanan..kalau asik makan bijan saja emm..stamina dan antibiotik untuk badan si burung akan kurang kuat untuk menentang penyakit..ajar mereka untuk makan kangkung , biji kacang hijau yang direndam seharian...sawit dan roti serta makanan lain yang sesuai...kalau saya..saya ada jadual hari2 tertentu untuk berikan makanan sampingan kepada burung2 saya nie...seminggu kangkung sekali..sawit dan sawi sekali...roti sehari dan tulang sotong sentiasa digantung di dalam kandang..semua ini membantu tumbesaran burung itu.
PENYAKIT BERAHI
kalau anda search di internet takkan dapat penyakit ni sebab semua penyakit ni saya dapat hasil daripada pemerhatian sendiri.penyakit berahi hanya terkena kepada burung-burung betina sahaja.berahi maksudnya terangsang untuk melakukan seks.biasanya ia terkena untuk betina yang hampir2 ingin bertelur atau pun yang telah menghasilkan anak. mereka akan nampak murung ekoran daripada stress dan selepas itu mood makan akan berkurang dan boleh membawa kepada maut. ada juga yang mati selepas anak2 mereka menetas.salah satu faktor yang saya perhatikan menyebabkan perkara ini berlaku adalah peranan yang dimainkan oleh si jantan. ada jantan yang berkawin dengan betina berkenaan tetapi pada masa yang sama ia melayan betina lain..bila situasi ini berlaku bukan kesemuanya ya tpi ada betina yang mengharapkan suapan yang banyak daripada si jantan tapi si jantan jarang memberikan suapan tersebut dan jika ada pun betina lain akan menganggunya dan apabila perkara ini berlaku bersiap lah untuk menghadapi betina yang murung dan menyebabkan kematian. cara terbaik untuk mengelak perkara ini berlaku ialah selalu perhatikan burung anda. keluarkan burung lain yang terlalu berahi yang selalu menganggu pasangan tersebut.bila keadaan telah reda iaitu berahi yang sudah berkurangan baru masukkan semula..paling bagus anda anda keluarkan pasangan tu dan berikan tempat lain untuk bertelur.
Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413
ReplyDeleteAssalamualaikum, nk tnya burung murang, bulu jadi cering, lemah, mata selalu pejam, penyakit apa?
ReplyDeleteAssalamuaikum maaf sy nk tnye burung sy mata nye ad mcm gelembung air dulu dia kecik skrang semakin membesar ampir menutup matanya
ReplyDelete.. Apkah cara untuk merawat burung sy tu..mm
Ĺwietna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.
ReplyDeleteHi bole sy tau x burung baji nii bole tmpt sejuk x?sbb sy jaga dlm bilik ber aircond ..nak sngt2 tau sbb bru bela burunh..tq yg menjawab
ReplyDelete